Friday, September 13, 2019

Drama Kamar Kamariah (2019) TV3


Tajuk : Kamar Kamariah
Mula Tayangan : 17 April 2019
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Jumlah Episod: 13

Pelakon: Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Shyrim, Nurzahra Aisyah, Maleq Fadhal, Shaiful Aqhil, Halmy Hamizan, Sharifah Nabila, Najwa Jaafar

LAGU TEMA / OST
Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza
Misteri - Ernie Zakri
Hatiku Milikmu - Siti Nordiana
Kisah Antara Kita - One Avenue Band

SINOPSIS KAMAR KAMARIAH 
Mengisahkan kehidupan suami isteri bahagia pada pandangan orang lain. Namun isterinya derita sepanjang kehidupan bersama suami. Kekejaman dan kezaliman Murad kepada isterinya, Kamariah tidak pernah diketahui orang sekeliling. Dalam naskhah ini juga, menghimpunkan kesabaran isteri yang diduga dengan kezaliman suami. Saban hari dipukul dan disepak teranjang, namun dia masih bertahan.

Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.

Murad merupakan seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam. Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibunya. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.

Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad  kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

Tonton Kamar Kamariah

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Drama Dia Menantu Rahsia (2019) TV3


Tajuk : Dia Menantu Rahsia
Mula Tayangan : 29 Januari 2019
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 6.58pm
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28

Pelakon: Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Raja Hakim, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Nizam Kama, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Zulhamizam, Wilma Muhammad, Ainaa Azhari, Aida Khalida, Pauline Tan

LAGU TEMA / OST 
Hafiz - Kisah Cinta Kita
Ciptaan : Omar K, Ikhwan Fatanna

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA
Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

Tonton Dia Menantu Rahsia

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28

Drama Bukan Cinta Aku (2019) TV3


Tajuk : Bukan Cinta Aku
Mula Tayangan : 5 Jun 2019
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon: Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Jay Iswazir, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann

SINOPSIS BUKAN CINTA AKU 
Rania yang baru menamatkan pengajiannya di New York, telah jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Arjuna yang merupakan pemandu kereta keluarganya. Mereka saling menyukai namun merahsiakan hubungan cinta mereka daripada ibu bapa Rania. Malangnya rahsia mereka terbongkar dan Rania dipaksa berkahwin dengan Tengku Isma. Sejak perkahwinan itu, Rania tidak begitu gembira.

Tonton Bukan Cinta Aku

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Drama Asalkan Dia Bahagia (2019) TV3



Tajuk : Asalkan Dia Bahagia
Mula Tayangan : 8 Mac 2019
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28

Pelakon: Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor

LAGU TEMA 
Mada Ada Hati - Ayda Jebat
Mencintaimu - Aepul Roza

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA
Kisah Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.